Thursday, August 19, 2010

PESANAN DARI LEADER




KATA - KATA PESANAN DARI LEADER
SKULL MADNESS MALAYSIA

Semua bikers yang ada dalam SKULL MADNESS MALAYSIA harus memegang 3 prinsip ini dalam diri masing-masing.

1. Keluarga.
2. Kerjaya
3. Motosikal

1. Walaupun kita ini peminat setia dunia permotoran, namun jangan sesekali kita melupakan atau mengabaikan tanggungjawab kita pada keluarga. Kerana di dunia ini tiada harta yang lebih berharga dari keluarga.

2. Semua orang di dunia ini perlu berkerja untuk mencari rezeki. Jangan kerana terlalu menumpukan pada motorsikal, kerjaya kita terganggu hingga kita kehilangan punca kewangan. Tanpa wang masakan motorsikal kita boleh kelihatan cantik dan boleh berada di jalan-jalanraya dengan penuh kebanggaan.

3. Sesudah keluarga kita, kita sediakan semua keperluan mereka, dan setelah setiap kerja-kerja yang memberi pendapatan yang baik telah kita lakukan, barulah kita beri pula perhatian pada motorsikal kesayangan kita. Insya Allah, semuanya akan jadi baik selamanya.


RENUNGKANLAH
Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan untuk semua. Kita semua bikers adalah bersaudara. Elakan permusuhan sesama kita. Semua bikers ride only for fun, enjoy and feel freedom. Ride hard or stay home. Jangan bawa permusuhan pribadi ke dalam group dan mempengaruhi orang lain untuk sama-sama bermusuhan. Jika ada masalah, kita selesaikan dengan baik. Kita bikers semua seharusnya bersatu dan berseronok semasa menunggang motosikal masing-masing. Di harapkam semua bikers yang ada di dalam SKULL MADNESS MALAYSIA mempunyai sifat setiakawan yang tinggi sampai bila-bila. INSYA ALLAH.

Dari isi hati:
Bajang-x


-------------------------------------------------------------------------

SKULL MADNESS MUAR CHAPTER
http://www.skullmadnessmuar.blogspot.com/

Blog yang memaparkan keahlian SKULL MADNESS MG MALAYSIA dari Muar Johor.

------------------------------------------------------------------------

1 comment:

  1. Salam ramadhan al-mubarak
    ahlan wa sahlan
    tompang lalu saje menokok tambah..hehe..
    manusia mane yang pernah sempurna selain baginda yang maksum..bak kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain..even kelab memanah sekolah menengah sekalipun pasti berlaku pertelingkahan atau salah fahamla paling kurang.Malam 19 Ogos 2010 merupakan TTS saya yg pertama.Ape maksud TTS?...Tau-Tau Sudah...tapi bukan itu yang menarik perhatian saya terhadap TTS malam tersebut. Salah faham dan selisih pendapat pada group mane2 pun tak dapat dielakkan.Sedangkan lidah lagi tergigit,apa pula suami isteri...la la laa...

    Salam perkenalan buat group bikerz SMMG Melaka dan Muar..

    Dari petikan hadis : berbeza pendapat itu suatu rahmat..renung2kanlah...dan selamat beramal..

    Shahmizan bin Shapiei - Bukit Katil, Melaka.

    ReplyDelete