Saturday, September 25, 2010

SUARA DARI MUAR

SUARA DARI MUAR

TERIMA KASIH
Kami bikers-bikers dari Muar mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga pada pihak urusan SKULLMADNESS MG MALAYSIA kerana menerima kami sebagai ahli baru dalam motor group ini. Terutama pada Leader SMMG, Encik Arif dan tak lupa kepada orang yang memperkenalkan SMMG pada bikers-bikers di Muar iaitu Encik Mohd Fuad. Terima kasih bro.

KENAPA SMMG
Kami memilih untuk menyertai SMMG kerana, yang utama = pendirian Leader SMMG (Encik Arif) ini sendiri yang tidak menghadkan kuasa CC motorsikal untuk mereka yang ingin menjadi ahli. Ini bermakna motorsikal yang berCC kecil pun masih boleh menyertai SMMG. Kerana kebanyakan kami dari Muar ini mempunyai motorsikal yang berCC kecil. Ini bermakna kuantiti itu lebih meriah biarpun kurang kualiti. Yang penting semua sampai ke setiap destinasi yang di tuju dengan selamat. Kedua= SMMG sebuah group motor yang tersusun pergerakkannya dan nampak hala tujunya di bawah pengendalian Encik Arif. Dan kerana itu kami amat berbesar hati jika dapat terus berada di dalam SKULLMADNESS MG MALAYSIA. Semuga SMMG terus kukuh hari demi hari dan terhindar dari segala unsur-unsur negativ. INSYA ALLAH.

KENAPA BLOG SMMG MUAR DI HASILKAN
Tentu ramai yang ingin tahu kenapa blog MUAR ini di hasilkan, sedangkan SMMG sudah ada blognya sendiri. Blog ini di hasilkan semata-mata bertujuan untuk memperkenalkan bikers-bikers SMMG dari Muar kerana kami masih baru dalam SMMG. Untuk memperkenalkan kami pada ahli-ahli SMMG yang terdahulu, dari blog inilah kami dapat memperkenalkan diri kami pada mereka dengan lebih mudah dan cepat kerana kami berlainan negeri. Bukan itu saja, kami juga cuba memberitahu pada semua, bahawa kebanyakkan dari kami bukanlah masih baru dalam dunia bikers ini, bahkan ada di antara mereka yang telah terlibat lebih sepuluh tahun dalam dunia yang menyorokkan bagi orang-orang yang berjiwa bikers ini. Kerana itu di blog ini memang kami sengaja menghimpunkan banyak gambar-gambar dan video-video tentang aktiviti kami sebelum bernaung di atas nama SMMG. Kebanyakkan dari kami adalah independent bikers sebelum ini, atas sebab itu kini kami rasa amat berbangga kerana dapat memeriahkan lagi dunia bikers ini bersama-sama SMMG, sebuah group yang tersusun dan nampak hala tujunya. Itulah sebabnya blog ini di hasilkan.

No comments:

Post a Comment